Laman Utama  |  Profil Korporat  |  Kem  |  Kemudahan  |  Pakej  |  Galeri  |  Hubungi Kami  |

 

 

 

 

Sinopsis

 

Anak adalah amanah bagi setiap ibu bapa. Merekalah yang akan membentuk dan mencorakkan masa depan. Namun, mereka lahir pada zaman yang penuh dengan cabaran dan godaan. Ini diburukkan lagi dengan adanya teknologi maklumat seperti media sosial (facebook, whatsapps, twitter dan sebagainya) dan gajet (perkakasan komunikasi) yang membuatkan mereka lalai dalam kehidupan seharian. 

Bagi mengatasi masalah ini, kami berpendapat pendekatan agama dan spiritual adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. 

Harapan kami, agar program ini dapat melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik bahkan cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah untuk diwariskan kepada generasi seterusnya, Insya Allah.

 

Kumpulan Sasaran

 

Pelajar-pelajar berumur 10-15 tahun

 

Yuran Penyertaan

 

RM300.00 seorang (termasuk t-shirt, beg, fail & alat tulis)

 

Jumlah Peserta

70 orang

 

Tarikh

 

01 hingga 04 Jun 2016

 

Jangkamasa

 

4 hari 3 malam

 

Tempat

 

Kem Latihan & Motivasi Tawar Farm & Plantation, Parit Bunga, Tangkak, Johor

 

Fasilitator

 

Barisan Fasilitator & Motivator yang profesional & bertauliah (bekas Pengetua Cemerlang, penceramah terkenal)

 

 

Antara slot-slot menarik :

 

i)  Pengukuhan Solat   

  • Belajar cara solat yang betul

  • Mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan dalam solat

  • Perbetulkan bacaan dalam solat

ii) Membudayakan Al-Quran

  • Belajar cara membaca Al-Quran dengan betul mengikut tahap kemahiran pelajar

  • Mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan semasa membaca Al-Quran

  • Perbetulkan bacaan dengan tajwid yang betul

iii) Penampilan, Konsep Kendiri & Kepimpinan

  • Mengetahui maksud kepentingan harga diri

  • Mengenal pasti perasaan yang wujud dan cara menanganinya

  • Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri untuk membantu kemajuan diri

  • Meneroka nilai-nilai kepimpinan yang ada dalam diri

iv) Masalah Sosial

  • Ceramah tentang masalah-masalah sosial

  • Mendapatkan pandangan dan pengalaman pelajar

  • Perbincangan dalam kumpulan

 

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila klik di sini.

 
 

2010-2016 Tawar Group Of Companies. Hakcipta Terpelihara
Semua artikel, tulisan, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan di dalam laman web ini merupakan hakcipta yang dimiliki oleh kami dan pihak-pihak yang dinyatakan. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan laman ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat kebenaran secara rasmi daripada kami.